Thursday, August 17, 2017

5 sebab anda patut bercuti di Cameron Highlands


Tak kenal maka tak cinta. Secantik mana pun negara orang, negara sendiri masih ada keindahannya. Masih banyak tempat-tempat yang indah, menarik dan berbaloi untuk anda bercuti di Malaysia dan pasti value for money & experience.

Disini saya nak kongsi 5 sebab anda patut bercuti di Cameron Highlands:


1. Cuaca sejuk - mungkin tak sesejuk negara 4 musim, tapi kesejukan Cameron Highland boleh menyamankan badan yang panas akibat cuaca terik di bandar. Normal temperature dalam 22 - 24 celcius, okla kan! Tapi, cuaca di Cameron kalau sejuk sangat boleh sehingga 15 celcius tau! (sampai berasap mulut) Lepas tu, kalau pegi London ka, Ozzi ka, kena bawak baju tebal-tebal, buat berat beg je :) Kalau pegi Cameron Highland, jaket biasa sudah memadai (dgn stokin jugak sbb dalam homestay lg sejukkkkk) 

2.Fresh Vegetables  -  bkalau beli di pasar raya biasa, harganya mahal, lepas tu kadang-kadang dah nampak lama sebab sayur-sayur tu mungkin dah di 'on the road' lama. Beli je kat Cameron Highlands, murah, fresh dan murahhh sgt. Normal price RM10 untuk 6 jenis sayur, tapi kalau anda pandai nego, mungkin boleh dapat extra 1 atau 2 paket lagi!

3. Fresh flower - Cameron Highlands ni heaven untuk peminat-peminat bunga. Dengan hanya RM10 dah boleh bawak balik macam-macam jenis. Kalau kat kedai bunga biasa RM10 tu sekuntum je dik non! Memang berbaloi beli, boleh buat mandi bunga hehehehe

4. Ladang Teh - pemandangan di Ladang Teh Cameron Highland memang cantik sgt, Allahu indahnya ciptaan tuhan! sambil-sambil minum teh panas, boleh jugak petik teh, makan kek, tengok sunset sambil berdating dengan husband/wife hehehehe tapi ada macam-macam jenis ladang teh tau, yang popular is Ladang Teh Sg Palas di Ringlet dan Kg Raja. Ikut andalah nak cuba yang mana...

5. Kebun Strawberry Kampung Sedia - ni kawasan kampung Melayu yang popular dengan pertanian strawberry sebagai aktiviti utama. Yang kami suka pergi ialah 'Opah Strawberry' sebab rupa ownernya mcm arwah opah saya hehehe buah boleh petik sendiri, harga murah. boleh jugak beli jem strawberry handmade disini. 


No comments:

Post a Comment

2018

Assalamualaikum, Kini tempahan untuk 2018 telah dibuka dan anda boleh sms/whatsapp kami di: 019-3638023 - Sharifah 019-2347681 - Nawi...